Trend membeli-belah dalam talian semakin menjadi kebiasaan rakyat Malaysia. Dua platform paling popular — Shopee dan TikTok Shop — kini digunakan setiap hari oleh berjuta-juta pengguna untuk membeli pelbagai keperluan. Tapi tahukah anda, anda sebenarnya boleh dapat pulangan wang tunai (cashback) setiap kali shopping di dua platform ini?

Dengan menggunakan satu aplikasi mudah bernama MOVA, anda boleh menikmati penjimatan tambahan secara automatik. Dalam artikel ini, kami akan kongsikan apa itu aplikasi MOVA, bagaimana ia berfungsi, serta langkah-langkah untuk mula dapatkan cashback semasa anda shopping online.

Apa Itu Aplikasi MOVA?

MOVA ialah satu aplikasi cashback yang membolehkan anda menerima pulangan wang tunai apabila membeli barang dari Shopee dan TikTok Shop. Tanpa perlu jadi affiliate atau peniaga, anda hanya perlu beli seperti biasa dan cashback akan dimasukkan ke dalam akaun MOVA anda.

Sesuai untuk pengguna biasa, aplikasi ini menjadikan pengalaman membeli-belah lebih berbaloi kerana anda bukan sahaja dapat barang, malah dapat sebahagian wang anda kembali.

Bagaimana MOVA Memberi Cashback?

Langkah-langkahnya sangat mudah dan mesra pengguna:

  • Pilih produk yang anda mahu beli dari Shopee atau TikTok Shop.
  • Copy link produk tersebut.
  • Buka aplikasi MOVA dan paste link ke dalam ruangan khas (biasanya part ni auto).
  • MOVA akan paparkan jumlah cashback yang layak diterima.
  • Klik “Pesan Sekarang” dan anda akan dibawa ke aplikasi Shopee atau TikTok untuk buat pembayaran seperti biasa.
  • Setelah pesanan anda selesai, cashback akan direkodkan dalam aplikasi MOVA.

Dalam masa beberapa hari (selepas penghantaran dan pengesahan), cashback anda akan dikreditkan ke akaun anda.

Berapa Banyak Cashback Boleh Diterima?

Jumlah cashback berbeza-beza mengikut jenis produk, kategori, dan promosi semasa. Secara umum, anda boleh jangkakan cashback antara 1% hingga 20% bergantung kepada tawaran.

Yang menariknya, MOVA akan tunjuk secara terus jumlah cashback setiap kali anda copy link produk. Jadi anda boleh buat pilihan yang lebih bijak sebelum membeli.

Kelebihan Menggunakan MOVA untuk Cashback

Mengapa ramai pengguna Shopee dan TikTok kini mula menggunakan MOVA?

✅ Tiada proses rumit – hanya copy link produk.

✅ Boleh diguna oleh semua pengguna – tidak perlu daftar sebagai seller atau affiliate.

✅ Cashback terus untuk pembelian sendiri. Beli barang harian pun boleh dapat pulangan.

✅ Aplikasi percuma – anda boleh guna tanpa sebarang bayaran. Hanya perlu download di apple store atau Google Play Store

Dengan MOVA, setiap pembelian bukan sekadar dapat barang, tapi juga peluang untuk jimat lebih.

Tips Jimat Guna MOVA

Untuk pastikan anda dapat cashback terbaik, cuba tips berikut:

  • Add to cart produk yang nak dibeli. Then check produk mana yang offer cashback paling tinggi. Gunakan setiap kali anda shopping. Jadikan MOVA sebagai langkah wajib sebelum checkout.

Siapa Yang Patut Guna MOVA?

  • Pelajar yang selalu beli barang keperluan belajar secara online.
  • Ibu bapayang beli barangan rumah, pampers, makanan bayi dan lain-lain di Shopee.
  • Peminat TikTok Shop yang suka beli barangan viral dan promosi.
  • Sesiapa sahaja yang nak jimat lebih semasa shopping online.

Kalau anda pernah beli barang di Shopee atau TikTok, aplikasi MOVA adalah tool wajib untuk anda mula gunakan sekarang.

Kesimpulan

Sekarang anda dah tahu bahawa shopping online bukan sahaja mudah dan cepat, tapi juga boleh jadi lebih jimat. Dengan menggunakan aplikasi MOVA, anda dapat cashback automatik setiap kali membeli di Shopee dan TikTok Shop tanpa perlu ubah cara anda bershopping.

Mudah, jimat, dan menguntungkan. Jangan lepaskan peluang untuk dapat duit balik setiap kali shopping. Kalau dah shopping, biar berbaloi!

🎯 Bonus Untuk Pembaca Baru

Kalau anda belum pernah cuba aplikasi MOVA, sekarang masa yang paling sesuai! Muat turun aplikasi MOVA sekarang untuk mula dapatkan cashback setiap kali anda shopping online

Download Sekarang
Previous Post Next Post