Korang pernah dengar nama-nama seperti Afnan Rosli? Sifu Jamal FbAds? Dr. Azizul Azli? Dr. Taufiq Razif dan lain-lain?
Hah? Tak pernah dengar? Serius la korang ni...
Bermakna, circle korang dan kawan-kawan belum ter'link' lagi ke profile-profile di atas. But mostly orang-orang bisnes akan kenal nama-nama ni.
Korang maybe rasa mereka ni tak popular. Cuba korang tengok fb profile dorang. Berapa followers diaorang ada.
Amazing kan?
Ehh..Seriously aku tak pernah dengar nama-nama ni tapi macam mana diaorang boleh jadi sepopular macam tu?
Ini yang dinamakan personal branding
Macam mana pulak tu?
Branding ni seolah-olah korang membawa nama sendiri atau bisnes di mata masyarakat dengan keunikan tersendiri.
Sebagai contoh, kalau orang cakap pasal facebook ads je, orang akan ingat Sifu Jamal, kalau cakap pasal bengkel pre-metamorphosis, ingat Afnan Rosli, cakap pasal pendidikan anak-anak, ingat Dr. Taufiz, dan seangkatan dengannya.
Keunikan yang ditonjolkan ini membuatkan masyarakat kenal siapa mereka. Dan masyarakat recognize 'kepakaran' mereka.
Macam mana mereka ade keunikan-keunikan ni?
Yang tu, kena belajar dik. Branding ni bukan kerja sehari dua boleh jadi femes. Branding ni satu usaha kita deliver 'value' pada audience dan kena konsisten sampai bila-bila.
Kelebihan personal branding
Istilah 'personal' yang saya maksudkan kat sini, kita guna platform media sosial seperti facebook ataupun instagram. Ingat, keberkesanan kempen personal branding korang bergantung pada setakat mana korang kenal audience sendiri.
Tanya soalan ni
Kat mana orang-orang yang suka tentang (niche yang korang bawak) bersosial?
Contohnya, kalau audience korang ni yang muda-muda gitu, buat la kat IG. Kalau dah level mak ayah orang, facebook lebih sesuai.
Kelebihan guna sosial media ni, sebab ianya percuma dan potential audience yang unlimited! Lagi satu, fungsi butang share sangat membantu dalam membina personal branding.
So, mulakan dengan menggunakan facebook profile sebagai platform utama. Dalam masa yang sama create juga facebook page untuk reach yang lebih luas.
Ok, berbalik kepada personal branding tadi. Actually, ada 3 unsur utama yang ditekankan dalam personal branding. Bak kata orang-orang tua, tak kenal maka tak cinta. Maka, mission pertama adalah bagi audience kenal kita dulu.
Dikenali, disukai dan dipercayai
So macam mana nak bagi orang kenal kita?
Soalan yang bijak! Korang kena baca kesemua tips di bawah ni sampai habis dan buat tindakan. Ketahuilah....
Kempen branding yang berjaya akan buat diri korang lebih dikenali dan seterusnya disukai dan dipercayai. Once audience dah percaya, apa sahaja yang korang tulis, review, cadang, berbondong-bondong audience akan follow dan support.
Tanda-tanda? Akan ade peningkatan dari segi engagement dalam setiap posting yang korang tulis. Tak caye try.
Ok lah. Mesti korang dah tak sabar nak start buat branding kan? Tanpa berlengah lagi, nah 6 tips yang boleh terus dibuat strategi personal branding di facebook tanpa sebarang kos.
1. Update facebook profile picture
Kredit: Afnan Rosli |
Update profile picture korang. Bagi yang guna gambar yang bukan entiti diri sendiri, dinasihatkan untuk tukar kepada yang nampak lebih profesional.
Profesional ni, kita guna gambar diri sendiri yang terbaru. Jangan letak gambar kita masa sekolah menengah. Memang la hensem dan cantik. Gunakan gambar sekarang. Sebaiknya edit sikit nampak macam photoshoot dalam studio.
Takde budget nak masuk studio? Guna app percuma je. Saya edit gambar 100% dari phone. Zaman sekarang ni macam-macam aplikasi yang ada. Sebagai contoh background eraser. Mudah dan sangat senang nak guna.
Nak kena pakai coat ke? Tak payah. Kalau ade bagus juga. But as long as nampak kemas dan berketrampilan, should be enough.
Tips lain, sebaiknya guna background berwarna putih. Kita nak tonjolkan image sendiri. Background kaler-kaler bunga, pokok, kereta api tak digalakkan.
2. Update nama facebook personal
Apa nama facebook profile korang? Acap ajinomoto? Digarhayu Jelita? Ooo no no no... Tukar kena nama sebenar atau nama pena yang menarik.
Kebanyakan influencer-influencer tak guna nama pelik-pelik. Mereka akan guna nama dalam kad pengenalan. Ini juga salah satu tips untuk bina kepercayaan dimata audience atau followers.
So bertukar lah menjadi diri sendiri.
3. Content yang valuable
Zaman sekarang orang dah menyampah dengan posting-posting yang terlalu menjual atau berbentuk iklan.
So approach audience dengan content-content yang ada value pada mereka contohnya posting berkenaan tips-tips berguna, kata-kata motivasi, tutorial, minta pendapat, video yang menjawab persoalan tentang sesuatu, freebies dan sebagainya.
Takde idea nak share content yang power? Tak salah pun nak share posting orang lain. Ada 2 cara. 1 korang copy dan paste. Dihujungnya letak kredit siapa penulisnya. Cara ke-2, tekan je butang share jika available. Cara ke 2 adalah option yang lebih baik.
Ingat, nak bina branding, elakkan bende-bende yang boleh mencemarkan image sendiri. Seperti option nombor 1 tu. Takut-takut korang terlupa letak kredit. Bila orang lain baca, dah kena cop 'mamat copy paste'. Kan tak best macam tu. So kena always alert before post.
Selain content jenis artikel, content jenis video selalunya mempunyai kadar engagement yang lebih tinggi. Be kreatif dan pelbagaikan jenis content so nampak lebih dinamik.
Once ada engagement, rajinkan diri untuk respon setiap satunya jika mampu. Ini akan memberikan rasa 'dihargai' bila korang respon komen-komen tersebut. Ucaplah tq sebab komen, hargai komen tersebut, bagi kredit pada komen, dan lain-lain respon. Jangan lah sekadar like aje.
3. Tagline atau hashtag sendiri
Korang mesti kreatif kan? Hehehe create lah tagline sendiri. Kalau tak mampu create tagline atau hashtag sendiri, bubuh je la apa pun di hujung setiap kali korang buat sharing content. But sebaiknya yang ada kaitan dengan posting tu la. Kalau ada, ini memudahkan orang ingat korang dan menjadi satu keunikan buat dirimu!
#inspirasirakanniaga
#freshmethod
#hensemnyasaya
4. Timing Posting
Diperingkat awal ni, audience yang korang ada hanyalah kawan-kawan lah kan. Target je mereka ni dulu dah fahami waktu bila mereka ni aktif bersosial.
Macam mana nak tahu? Buat je experiment. Atau macam korang sendiri. Waktu bila korang ada masa nak komen post kawan-kawan? Practice make perfect.
Kalau posting tu kurang menyengat, biasanya sebab 1, tak kena timing, 2, kurang personal value pada si pembaca dan 3, posting mengarut. So nampak kan betapa pentingnya nak kenal audience sendiri.
5. Maksimumkan penggunakan platform online
Gunakan semua platform online yang ada. Sebagai contoh, website, blog, forum, sosial media (whatsapp, twitter, linkedin, pinterest dan lain-lain).
Semakin kerap orang nampak brand korang, semakin mudah untuk orang ingat.
Ohh tak lupa juga, korang kena konsisten menggunakan hashtag, tagline dan brand yang sama untuk kesemua platform ni. Bila sama je semua, baru la audience senang ingat.
6. Kena konsisten
Yang ni paling susah nak buat sebenarnya. Sebab apa? Sebab usaha branding ni tak akan nampak esok pagi hasil dia. Tapi percayalah...
Semakin konsisten usaha korang buat branding, semakin audience nampak value-added yang cuba korang ketengahkan. Dan bila branding dan makin dipercayai, rezeki korang akan lebih bersinar sebab masyarakat dah recognize kehadiran korang dalam market.
Penutup
Menjadi femes tentu menyeronokkan dan secara tak langsung akan membuatkan akaun bank menjadi sibuk. But, kena faham betul-betul. Once dah jadi influencer, secara automatik korang ada tanggungjawab yang besar nak kena pikul. Set dalam kepala apa yang korang nak buat ni lillahitaala.
Sebab tu dalam posting-posting yang lepas, saya memang tekankan 'mentaliti' itu tunjang utama. Nak jadi orang berjaya, kena ade mentaliti orang berjaya.
Bila korang buat usaha untuk dunia, korang akan dapat dunia dengan izin Allah, dan kalau korang buat usaha untuk akhirat, dunia dapat, akhirat dapat. So mana satu pilihan qalbu? Fikir-fikirkan lah.
Saya doakan korang berjaya untuk membrandingkan diri ataupun bisnes sendiri di mata masyarakat. Nanti bila dah berjaya, give back to community.
Semoga perkongsian ni memberi manfaat untuk korang seterusnya ambil tindakan tanpa bertangguh. Terima kasih.
Post a Comment